Rabu, Mac 24, 2010

Minggu Teknik & Vokasional 2010

Perasmian Minggu Teknik & Vokasional telah di adakan pada 22 Mac yang lalu di perhimpunan pagi oleh pengetua, Pn. Hajjah Jamilah Bt Hussein.
Banyak aktiviti telah di sediakan oleh ketua-ketua panitia di bawah Bidang Teknik & Vokasional.  Sila klik di sini untuk melihat senarai aktiviti tersebut.
GKMP mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah terllibat dalam menjayakan program perasmian termasuklah guru-guru pelatih daripada UITM dan UPSI.

Rabu, Januari 13, 2010

Perkembangan Staff Kali Ke 1/2010

Pada hari Sabtu 9 Januari 2010 yang lalu, seawal jam 8.00 pagi lagi seramai 12 orang guru di bawah Bidang Teknik dan Vokasional telah mengikuti kursus Keberkesanan P&P bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.  Kursus ini difokuskan terutamanya kepada guru-guru baru yang kurang pengalaman dan kemahiran dalam  mata pelajaran ini memandangkan mereka bukan merupakan guru opsyen KHB.
Kursus yang telah dijalankan ini sangat menarik kerana guru-guru diberi banyak pendedahan amali di dalam bengkel kemahiran hidup.

GKMP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih utama untuk kursus ini yang terdiri daripada En. Azhar Miswan dan Pn. Zasmani Mohd Nor.

Kursus berakhir pada pukul 1.00 tengahari dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus.

Gambar Gambar Sekitar Kursus
Juru latih utama sedang menerangkan sesuatu kepada guru-guru baru KHB
Guru-guru diberi peluang untuk membuat demonstrasi sendiri untuk menguji kefahaman dan keberkesanan ilmu yang telah diperolehi.

Contoh model enjin yang digunakan dalam perkembangan staff.

Juru latih utama menunjukkan cara-cara untuk membuat lukisan teknik yang betul.

Selasa, Disember 08, 2009

Mesyuarat Pengurusan Kali Ke 1/2010

Akan di adakan pada :

             Tarikh    :  23 Disember 2009
             Masa       :  9.00 pagi
             Tempat  :  Bilik Mesyuarat

Semua Pihak Pentadbiran dan Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran diwajibkan hadir.

Jumaat, Disember 04, 2009

Mesyuarat Guru Ke 1/2010

Semua guru diwajibkan hadir pada 28 Disember 2009 jam 8.00 pagi di Bilik Mesyuarat untuk menghadiri mesyuarat Kali Ke 1/2010.

Selasa, Disember 01, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM 2009

GKMP TekVok ingin mengucapkan Selamat Menempuhi Peperiksaan SPM kepada semua pelajar di sekolah ini.

Diharapkan semua pelajar akan berjaya dengan cemerlangnya, tidak terkecuali dalam mata pelajaran teknik dan vokasional iaitu Prinsip Perakaunan, Matematik Tambahan dan Perdagangan.

SELAMAT BERJAYA.

Kursus GKMP Daerah Hulu Selangor

Semua Guru Kanan Mata Pelajaran Daerah Hulu Selangor telah dipanggil untuk menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor selama 3 hari 2 malam di Cameron Highlands, Pahang pada 11 Nov - 13 Nov 2009.

Banyak ilmu baru yang telah diperolehi bagi memantapkan bidang masing-masing dan boleh diaplikasikan di sekolah nanti.

Terima kasih kepada PPD Hulu Selangor. Lain kali buatlah kursus lagi...